Kaedah Penulisan Bahasa dalam Karangan

        Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi mempertalikan sesuatu idea, hujah, dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun berucap. Seandainya sesuatu wacana berkenaan tidak mempunyai penanda wacana yang tepat, ia akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap. Contoh penanda wacana seperti berikut:

Tambahan : dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula, selanjutnya, seterusnya, di samping

Urutan : pertama, kedua, seterusnya, selepas itu, kemudian, kemudian daripada itu, akhirnya

Penyataan semula : iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang diterangkan

Contoh : contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam, umpama, bagai, bak kata, sebagai

Rumusan : rumusannya, kesimpulannya, sebagai kesimpulan, akhir kata, sebagai penyimpul kata

Tempat : berhampiran dengan, bersebelahan dengan, bertentangan dengan

Waktu : apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada mulanya, lama-kelamaan, lambat-laun, akhirnya

Sebab dan kesan : oleh itu, sebab itu, justeru itu, fasal, lantaran, jadi, dengan itu

Bandingan : seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama juga dengan

Pertentangan : tetapi, sebaliknya, sungguhpun, walau bagaimanapun, namun begitu, bertentangan dengan

Pengesahan : sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah, pastilah, sememangnya


Perenggan Pendahuluan

Dewasa ini...

Belakangan...

Kebelakangan ini...

Baru-baru ini...

Mutakhir ini...

Akhir-akhir ini...

Dalam era globalisasi...


Perenggan isi

Di samping itu...

Sehubungan dengan itu...

Jika diteliti dengan lebih mendalam...

Sehubungan...

Sebagai lanjutan daripada...

Bersangkutan dengan hal...

Berkaitan...

Bersangkutan...

Disingkapkan...

Diceritakan...

Tindakan yang diketengahkan di atas...

Walau bagaimanapun...

Bertitik tolak daripada kenyataan di atas...

Jika ditinjau daripada aspek ...pula,..


Perenggan Penutup

Hal ini demikian...

Akhirnya saya menegaskan bahawa...

Kesimpulannya...

Akhirnya...

Sebagai penutup...br> Konklusinya...

Akhirulkalam...

Tegasnya...

Pendek kata...

Daripada penerangan di atas jelaslah bahawa...

Menyedar hakikat di atas...

Di sini saya ingin tegaskan...


Penanda Wacana Untuk Ayat Pertama Setiap Perenggan

- Kita dapat menyaksikan betapa......

- Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana...

- Lazimnya, dalam keadaan....

- Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah ....

- Pada hemat saya ......

- Pada pandangan saya ....

- Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa ....

- Sebagaimana yang kita ketahui ...

- Sebagaimana yang kita maklumi ...

- Sejak awal lagi ...

- Sejak kebelakangan ini ....

- Selain itu, pada masa ini juga ...

- Seperti yang telah dinyatakan...

- Umum mengetahui bahawa...

- Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas ...


Penanda Wacana Untuk Ayat Kedua dan Seterusnya Dalam Karangan

- Bagi sesetengah orang ....

- Begitu juga dengan ..

- Begitu juga halnya dengan ...

- Bertitik tolak daripada itu ...

- Bukan itu sahaja ...

- Dalam hal ini...

- Dalam konteks ini...

- Dalam zaman yang serba canggih ini...

- Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa.....

- Dengan adanya....

- Dengan berbuat demikian.....

- Dengan perkataan lain....

- Disebabkan hal itu....

- Disebabkan keistimewaan inilah kita.........

- Hal ini berlaku disebabkan.....

- Hal ini penting dalam....

- Hal ini serupa dengan....

- Hal yang serupa berlaku apabila.....

- Hal ini disebabkan.....

- Hal ini membuktikan bahawa....

- Hal ini menggambarkan bahawa.....

- Hal ini secara tak langsung akan...

- Hal ini semua meninggalkan kesan kerana....

- Hal ini tentu sekali membuatkan....

- Jadi kita perlu.....

- Jadi kita hendaklah......


Beberapa contoh penggunaan penanda wacana dalam karangan


Penanda wacana untuk memulakan ayat pendahuluan karangan.

Sedarwarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu.......

Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah......

Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat.....

Dasawara ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gahdi persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyak kita sendiri.

Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini…

Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan…..

Penanda wacana untuk ayat terakhir pendahuluan karangan.

Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.

Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama.

Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini.

Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan……

Tiada penyakit yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatic harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.


Penggunaan Frasa Menarik dalam Karangan

Pemilihan frasa menarik yang sesuai dapat membantu pelajar menghasilkan sebuah karangan yang menarik dan bermutu serta memberi gambaran bahawa pelajar mempunyai kosa kata yang luas. Walaubagaimanapun pemilihan frasa menarik perlu digunakan dengan teliti dengan berhati-hati serta tidak terlalu banyak dalam sesebuah karangan supaya isi karangan yang hendak disampaikan jelas.

 Koleksi 1 - Frasa Menarik

-kita perlu mengorak langkah
-kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini
-komitmen menyeluruh agensi yang terlibat
-kongkongan yang selama ini dianggap membelenggu.......
-Masalahnya, kita mahu memberi pendapat tetapi tidak rela dikritik
-makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaan
-mampu mengadunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu
-manifestasi kesanggupan bangsa
-manusia bukanlah `haiwan robotik yang tidak mempunyai rasa dan jiwa
-masa depan menjanjikan cabaran di luar jangkaan
-masalah putusnya komunikasi dan jurang generasi
-masalah sosial dan susila yang meruncing
-masih terbelenggu dengan cara berfikir yang sempit
-masyarakat yang naif dengan mata kebendaan yang melalaikan
-melangkah dengan seribu kekuatan
-melontarkan soalan yang cukup penting
-melupakan cita-cita yang lebih luhur
-membangunkan generasi yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu
-membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan
-membenam budaya hedonistik yang tidak berfaedah
-membetulkan ketidaktepatan fakta
-membimbing mereka memenuhi impian
-membina impian masa depan yang lebih gemilang
-membongkar kepincangan
-membuktikan sensitiviti, kepekaan dan keprihatinan mereka
-mempengaruhi minda generasi muda
-mempertahankan perasaan saling bersefahaman
-mempertingkat dan memperteguh kefahaman
-mempraktikkan elemen tolak ansur
-memudaratkan kesejahteraan rakyat
-menabur bakti kepada mereka yang kurang beruntung
-menaburkan nilai kebendaan yang tidak bertahan lama
-menagih komitmen dan pengertian serius semua pihak
-menampilkan wajah baru yang disulami tekad
-menangkis tuduhan yang tidak berasas
-mencapai tahap yang mencemaskan
-mencerminkan dengan jelas akan hakikat ini
-mencerminkan generasi yang muflis dan tercabut daripada akar tradisinya
-mendapat perhatian dan liputan media massa
-mendepani masa depan yang tidak menentu
-mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang
-mendukung kebenaran yang kita sepakati
-mengamalkan sikap dan perwatakan yang murni
-mengambil langkah sederap
-menghirup udara hasil kemerdekaan
-mengikut acuan sendiri
-mengundang kontroversi
-menjadi cerucuk utama pembangunan
-menjulang negara ke puncak jagat
-menuntut setiap anak watan mengotakan aspirasi
-menyambut gamitan menara impian
-menyebabkan imej negara tercalar
-menyediakan kursus dan latihan yang relevan
-menyembunyikan masalah utama masyarakat
-mereka lebih cenderung kepada keseronokan dan berpeleseran
-mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan
-milineum baru ini pasti sahaja sarat dengan muatan cabaran reformasi
-muafakat merupakan inti kepada perpaduan
-negara kita akan bersih daripada unsur sosial yang tidak sihat
-nilai keinsanan yang syumul
-nilai-nilai material semakin memberkas dan meluas dalam masyarakat
-pandangan pro dan kontra yang dipaparkan
-pelbagai cabaran yang bakal menghambat
-pelbagai masalah sosial sedang menghinggapi masyarakat
-pembentukan masyarakat sakinah
-pembudayaan ilmu perlu dipupuk dan dibajai oleh generasi muda masa kini
-pendedahan oleh pihak media massa menghangatkan senario ini
-perlu dibaja kembali
-perubahan yang diharap masih belum menjelma
-petanda kehancuran generasi
-pewujudan masyarakat madani-propaganda negatif terhadap negara kita dapat ditepis-perhatian dan pemantauan
-budaya dan amalan harian
-menyuntik semangat
-wadah berkesan untuk mendidik
-menggembleng tenaga dan sumber
-pengisian jiwa dan minda
-menjadi benteng tenaga dalam memerangi
-platform
-pembentukan insan
-ketulusan dan keazaman
-petanda jelas
-meracuni masa dpn
-era globalisasi
-nadi kehidupan
-komunikasi bermakna
-secara holistik
-pendidikan dan pembangunan moral
-merangsang tenaga intelektual
-usaha membina tamadun bangsa
-merosakkn moral
-menempa kejayaan
-meningkatkan kesedaran masyarakat
-elemen
-relevan
-tuntutan pemodenan
-menjadi cerucuk utama pembangunan
-instrumen perpaduan
-zaman muasir ini (sekarang)
-hamba teknologi


Peribahasa yang Sesuai Dalam Karangan

Penggunaan peribahasa dalam karangan akan memberi impresi positif kepada pemeriksa bahawa anda mempunyai pengetahuan bahasa yang luas termasuk peribahasa. Oleh itu, saya berharap anda menggunakan sekurang-kurangnya lima peribahasa dalam setiap karangan.



PEPATAH


1. Ada air adalah ikan

– rezeki terdapat di mana-mana sahaja.

2. Ada asap ada api

– persahabatan yang tidak dapat dipisahkan.

3. Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras

– bagi orang yang mampu, segala kehendaknya mudah tercapai.

4. Ada rotan ada duri

– dalam kesenangan tentu ada kesusahannya.

5. Ada ubi ada batas, ada masa boleh balas

– perbuatan yang jahat akan mendapat balasan juga.

6. Air sama air bersatu, sampah ke tepi juga

– tiada guna mencampuri perselisihan orang yang bersaudara kerana kita akan disisihkan apabila mereka berbaik-baik semula.

7. Akal tak sekali datang, runding tak sekali tiba

– sesuatu usaha tidak akan menjadi sempurna dengan serta-merta.

8. Alah sabung, menang sorak

– sudah kalah tetapi masih bercakap besar.

9. Alang-alang berdakwat biar hitam / alang-alang berminyak biar licin / alang-alang mandi biar basah

– sesuatu kerja hendaklah diusahakan dengan sempurna, jangan separuh jalan.

10. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan

– kalau sudah terlanjur membuat sesuatu perbuatan jahat, biarlah sampai beroleh hasilnya.

11. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah mati kelaparan

– menguruskan hal orang lain sedangkan hal sendiri diabadikan.

12. Antan patah lesung hilang

– kemalangan yang datang bertimpa-timpa.

13. Ayam terlepas, tangan bau tahi

– melakukan perbuatan yang dilarang akhirnya mendapat malu

14. Baik berjagung-jagung sementara padi belum masak

– lebih wajar membuat pekerjaan yang kurang baik sementara menunggu pekerjaan yang lebih baik.

15. Banyak udang banyak garamnya, banyak orang banyak ragamnya

– kehendak, kegemaran, fikiran, dan lain-lain setiap orang adalah berbeza.

16. Bapa borek, anak rintik

– anak menurut baka bapanya.

17. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian

– biarlah bersusah payah dahulu asalkan mendapat kesenangan pada kemudian hari.

18. Berani kerana benar, takut kerana salah

– orang yang benar akan mempertahankan kebenarannya dan orang yang bersalah akan berasa takut.

19. Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

– betapa susah orang yang melihat penderitaan orang lain, lebih susah lagi orang yang mengalami penderitaan itu.

20. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

– bermuafakat dalam melakukan sesuatu pekerjaan sama ada susah atau senang.

21. Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar

– berhati-hati apabila menceritakan sesuatu hal.

22. Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah

– sama taraf.

23. Berpatah arang berkerut rotan

– tali persahabatan yang putus sama sekali.

24. Besar-besar istana raja, kecil-kecil pondok sendiri

– betapa senangnya di rumah besar kepunyaan orang lain, tidaklah sama dengan rumah sendiri biarpun kecil.

25. Besar tidak boleh disangka bapa, kecil tidak boleh disangka anak

– kepandaian atau kelebihan terdapat pada semua orang, tidak kira tua atau muda.

26. Biar mati anak, jangan mati adat

– adat resam tidak boleh dilanggar.

27. Biar putih tulang, jangan putih mata

– lebih baik mati daripada menanggung malu.

28. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali

– berbuat baik janganlah berlebih-lebihan tetapi jangan sekali-kali berbuat jahat.

I BUILT MY SITE FOR FREE USING